Monday, 25 July 2011

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.
Bagi kita, hadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.
Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.
Pada tahun ini kita kemungkinan akan berpuasa pada 1 Ogos 2011, hamba raya puasa tahun ini tak banyak bezanya dengan tahun-tahun sebelum. Perut yang bergendang, dan mengantuk yang tiba tanpa diundang;senario lazim bagi hamba tiap kali Ramadhan menjelang.
Hari-hari biasa juga hamba biasa menyeksa perut membiar kosong tanpa diisi. Kerap pula hamba perlakukannya begitu..
Tapi Ramadhan ini begitu berlainan sekali rasanya.
Ianya bukan lagi tentang lapar dan dahaga semata. Jauh dan lebih dalam lagi, di bulan inilah kita boleh menyaksikan penyatuan umat Islam baik di masjid mahupun di bazaar-bazaar Ramadhan.
Ada yang rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah.  Ada yang berbondong-bondong mengerjakan sunat terawih di masjid dan madrasah..
Tak kurang, ada yang sibuk melakukan persiapan sempena Syawal walaupun masih terlalu awal.Di bulan Ramadhan inilah, akan terlihat segala macam manusia mengisi 30 hari yang dihadiahkan Tuhan.
Apapun caranya, puasa tetap meriah mengikut cara masing-masing asalkan tidak melanggar syariah.
Dan waktu berbuka puasa di Cameron Highlands begitu lewat sekali berbanding dengan tempat-tempat lain ,banyak benda yang aku rindu untuk lakukan. Menolong isteriku menyediakan juadah berbuka. Berterawikh bersama anak-anak di masjid. Jika kat kampungku boleh Ke bazaar Ramadhan bersama-sama tapi di tempatku tidak ada bazar ramadhan.
Memang banyak yang menyeronokkan. Aku harap bukan keseronokan itu saja yang aku dapat.Moga-moga di bulan penuh barakah ini dosa-dosa aku diapunkan Tuhan. Terlalu banyak rasanya kalau mahu dihitung.

No comments:

Post a Comment