Thursday, 30 June 2011

Hiburan

Justin Timberlake beli laman MySpace


LAMAN rangkaian sosial MySpace.



LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.
“Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.
“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.
MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.
Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)
Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.
Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi

Monday, 27 June 2011

Agar-Agar Nangka Kak Ani Aziz


Agar-agar ini boleh disediakan semasa majlis perkahwinan untuk Makan Pengantin , Majlis Sambutan Hari Jadi dan sebaginya.

Sunday, 26 June 2011

Berita Kemalangan

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Produa Alza yang terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 240.3 Projek Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara berhampiran plaza tol Pedas-Linggi di sini, Ahad. Akibatnya, Ramlan Pilus, 29, dan Nurul Emi Nadjwa Mohd Latif, 2, terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki dipercayai gagal dikawal lalu terbabas di dalam longkang di tepi lebuhraya pada kira-kira pukul 2.50 petang Ahad. Tiga lagi mangsa cedera parah dan di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. --fotoBERNAMA

Saturday, 25 June 2011

info

Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook!!!!!


Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.

Thursday, 23 June 2011

Berita

Bunuh gadis demi sarapan percuma


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REBECCA...mayatnya ditemui  dalam hutan.
REBECCA...mayatnya ditemui dalam hutan.
LONDON: Seorang pelajar didakwa membunuh bekas teman wanitanya selepas dijanjikan sarapan percuma, mahkamah diberitahu, semalam.
Rebecca Aylward, 15, ditemui mati dengan kesan pukulan di kepala pada Oktober tahun lalu.

Peguam, Greg Taylor, berkata kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas tertuduh, 16, bertaruh dengan rakannya untuk melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Katanya, jika tertuduh sanggup membunuh Rebecca, rakannya itu akan membelikannya sarapan.

Dalam keterangan di Mahkamah Swansea semalam, tertuduh dikatakan mempengaruhi Rebecca supaya datang ke kawasan hutan terpencil berhampiran Bridgend, selatan Wales.

Untuk mengelakkan dikesan, Rebecca diminta menipu dengan memberitahu ibunya kononnya dia bertemu seseorang yang lain.

Bagaimanapun, Rebecca memberitahu ibunya bahawa dia diminta bertemu dengan tertuduh.

Apabila tiba di kawasan tersorok itu, tertuduh memukul kepala Rebecca beberapa kali dengan batu sehingga mangsa mati di tempat kejadian.
Semalam, Taylor turut mengemukakan pelbagai bukti membabitkan mesej pesanan ringkas dan perbualan maya dalam Internet kepada juri.

“Tiada sebarang keraguan Rebecca dibunuh di kawasan hutan di Aberkenfig.

“Ketika itu hujan dan dia dibiar tertiarap sehingga mati dalam hutan dengan pakaian yang baru dibeli sehari sebelum kejadian,” katanya. - TS

MUTIARA KATA HARI INI

Wanita itu sendiri adalah rahsia , Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas ilmu dan kepandaianya dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat,
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat berhati mulia membawa ke jalan ALLAH.

Wednesday, 22 June 2011

Berita Hiburan

Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir

Rozita dan Shahir
PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali.
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.
Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.
Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).
Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.

Tuesday, 21 June 2011

KEBESARAN ALLAH

Berita Kosmo

Bapa rayu anak kembar dimatikan


SABA (kiri) dan Farah Shakeel.


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.
Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Monday, 20 June 2011

Berita

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

Mutiara Kata

Sunday, 19 June 2011

BERITA

4 maut lori jatuh terjunam ke dalam gaung di Gua Musang

20/06/2011 3:11am

Gua Musang 20 Jun — Empat lelaki, termasuk dua beradik, maut apabila lori yang mereka naiki dengan penuh muatan baja, terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Lojing Lama, dekat sini, semalam.

Yang terbunuh dalam kejadian 11.30 pagi itu ialah pemandu lori, S. , 39; kelindannya, K. Muniandy, 31; dan dua dua beradik Orang Asli, Bah Chiumebu Saleh, 30 dan Bah Jipi, 28.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku semasa mereka, kesemuanya dari Perak, dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Lojing, Gua Musang melalui Jalan Lojing Lama.
Beliau berkata, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung.
Saiful Bahri berkata, dua daripada mangsa tercampak keluar dari lori itu, manakala dua lagi tertimbus di bawah timbunan baja setelah lori itu terbalik.

"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing. — Bernama

Tembikai Pengantin Baru

Sosej Pengantin Baru

 
Hasil Kerja Tangan Isteriku (Ani Aziz)

Telor Besar Pengantin Baru

Saturday, 18 June 2011

Dilarang Meniru

 
Masalah budak suka meniru masa periksa mungkin akan berkurang kalau diorang kena paksa pakai macam gambar kat atas ini .....

Dunia

Fukushima malapetaka terburuk dalam sejarah


2011/06/19

  
  • Foto BANDAR Itate, Fukushima, lengang selepas penduduknya dipindahkan akibat kenaikan paras radiasi, Mei lalu.
  • Foto GUNDERSEN mengulas bencana nuklear Fukushima.
  • Foto
Krisis nuklear 20 kali ganda teruk daripada Chernobyl

WASHINGTON: Pakar sains percaya bencana nuklear Jepun sebenarnya lebih teruk daripada apa yang didedahkan untuk pengetahuan umum dan lebih serius dibandingkan krisis loji Chernobyl, Ukraine, lebih dua dekad lalu.
Gempa bumi pada tahap magnitud 9 pada 11 Mac lalu disusuli tsunami melumpuhkan sistem penyejukan di loji nuklear Fukushima diikuti beberapa letupan hidrogen dan reaktornya lebur hingga memaksa penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu dipindahkan.
Ibu Pejabat Tindakan Kecemasan Nuklear Jepun mengakui awal bulan ini bahawa reaktor 1, 2 dan 3 loji Fukushima lebur sepenuhnya.

Syarikat Elektrik Tokyo (TEPCO) yang bertanggungjawab atas reaktor itu turut mengumumkan ‘kemalangan’ itu mungkin melepaskan lebih banyak bahan radioaktif ke alam sekitar berbanding Chernobyl sekali gus menjadikannya bencana terburuk nuklear dunia setakat ini.

Ketika diwawancara stesen Al Jazeera, seorang pakar nuklear, Arnold Gundersen, berkata: “Fukushima adalah bencana industri terbesar dalam sejarah manusia.”

Beliau percaya, lebih banyak teras reaktor di loji nuklear Fukushima melepaskan radiasi daripada apa yang diketahui umum.
Gundersen mempunyai pengalaman kejuruteraan kuasa nuklear selama 39 tahun dan pernah mengurus serta menyelaras projek di 70 loji kuasa nuklear seluruh Amerika Syarikat.

TEPCO menyembur air ke beberapa reaktor dan teras bahan api nuklear loji itu tetapi ia hanya membawa lebih banyak masalah termasuk radiasi dilepaskan ke udara dan air laut termasuk beribu-ribu tan air laut dicemari radioaktif yang perlu dibuang.

Baru-baru ini, TEPCO mendedahkan rancangan baru membersihkan air yang mengandungi radioaktif tetapi menangguhkannya kerana masalah teknikal yang bermakna proses menyejukkan reaktor Fukushima belum bermula.

“Masalahnya ialah bagaimana menyejukkannya. Mereka curah air tetapi bagaimanakah mereka dapat buang mendapan radioaktif yang dihasilkan serta mengandungi plutonium dan uranium? Di mana mereka boleh simpan air itu?

“Sebanyak 20 teras nuklear terdedah (dan melepaskan radiasi), itu bermakna ia berpotensi 20 kali ganda lebih buruk kesannya berbanding Chernobyl.

“Anda tidak mungkin dapat bersihkannya. Kita masih kesan radiasi pada babi hutan di Jerman, 30 tahun selepas Chernobyl berlaku,” kata Gundersen.

Di Tokyo, kebimbangan meningkat selepas penduduk diberi amaran supaya tidak memberi air paip kepada bayi mereka kerana kebocoran radiasi di Fukushima.

Meskipun amaran itu kemudian ditarik balik, kadar radiasi dalam produk ladang termasuk daun teh di kawasan lebih jauh dari Fukushima, melebihi had ditetapkan.

Tinjauan terbaru mengesan radiasi satu meter di atas tanah di sebuah taman di Tokyo mencapai 0.06 mikrosievert sejam.

Saintis lain yang memantau ‘kawasan panas’ radioaktif di sekitar Jepun dan tempat lain turut bimbang, lebih-lebih lagi selepas seorang penasihat kerajaan Jepun melaporkan kawasan seluas 966 kilometer persegi, 17 kali ganda saiz Manhattan, mungkin tidak sesuai untuk didiami.

Dua pakar perubatan kanan Amerika, Janette Sherman dan Joseph Mangano menyiarkan artikel mengenai peningkatan 35 peratus kematian bayi di lapan bandar di barat laut Amerika yang mungkin disebabkan radiasi Fukushima.

Bandar itu termasuk San Jose, Berkeley, San Francisco, Sacramento, Santa Cruz, Portland, Seattle dan Boise. Gundersen berkata, radiasi yang dilepaskan sebenarnya lebih banyak hingga sampai ke bandar di Amerika.

Paling bahaya ialah ‘partikel panas’ membabitkan pembebasan isotop caesium, strontium dan plutonium.

“Kami temui partikel panas di semua tempat di Jepun, termasuk Tokyo. Ramai menghidunya kerana ia memasuki penapis udara enjin kenderaan.

“Partikel itu akan melekat pada paru-paru dan akan sentiasa memberi masalah. Sebatang rokok yang dihisap tidak bahaya kerana memakan masa lama. Partikel panas itu boleh menyebabkan kanser dan ia tidak dapat diukur menggunakan alat Geiger,” katanya. – Agensi

Bola Sepak Malaysia

Harimau Malaya makin ganas
HARIMAU Malaya terus mengganas. Semalam, mereka sekali lagi membuktikan kejaguhan selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu.

SENYUM ITU PENAWAR DUKA

Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi
Sumbangan Si Comel

1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau
didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap
perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati
atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak
pasti perbuatan anada buat itu melukakan hati si dia, seperti
menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan
teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda
memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan
menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang
tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini
akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk
pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana
impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia
boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia
seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi
adalah kunci kebahagian




--------------------

Friday, 17 June 2011

Hiburan

APM, di antara telus dan syok sendiri
SELEPAS tidak berlangsung pada tahun lalu, Anugerah Planet Muzik (APM) yang merupakan majlis untuk mengiktiraf karya seni muzik serumpun dari Malaysia, Indonesia dan Singapura kembali lagi pada tahun ini

Bola Sepak

Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya vs Myamar pada 18 Jun 2011 (Sabtu) di Stadium Mohamad IV di Kota Baharu

Thursday, 16 June 2011

AURAT

Wanita! Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

melayu islam pakai leggingAyat alQuran tentang hijab turun pada tahun ke 5 Hijrah. Asalnya ia khusus kepada isteri para Nabi. Allah menurunkan ayat al-Ahzab:53. Batas aurat juga dijelaskan dalam surah anNur:31. Dewasa ini para wanita Islam berpakaian tetapi bertelanjang. Ciri menutup aurat sebenar tidak dipatuhi langsung. Allah menjanjikan azab neraka buat mereka yang derhaka. Sukarkah menutup aurat dengan sempurna? Kuliah berkaitan:

Makan Pengantin

Wednesday, 15 June 2011

AMALAN YANG DIREDHAI

Budak kampung Bukit
Tiu belajar membuat Blog..Alhamdulillah apabila kita masih lagi bernafas untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini dan terus mengabdikan diri kepada Allah swt. Antara sedar dan tidak, kita telah pun melangkah ke bulan Rejab, iaitu satu bulan yang dimuliakan oleh Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w.
Sepanjang bulan Rejab, kebanyakan ulama-ulama Hadith akan mengadakan majlis khatam Sohih Bukhari bersama-sama penuntut ilmu. Ia seumpama majlis khatam Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada saban tahun.
Sebahagian ulama-ulama mengatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk kita bertaubat dengan memperbanyakkan beristighfar dan ada juga yang mengatakan bahawa Rejab adalah untuk meninggalkan segala kejahatan dan kerosakan. Syeikh Abu Bakar al Warraq berkata bahawa Rejab adalah bulan menanam, sementara Sya'ban adalah bulan menyiram dan Ramadhan adalah bulan menuai. Rasulullah s.a.w. senantiasa berdoa apabila datangnya bulan Rejab dengan berkata, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bula Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan" -Riwayat Anas.
Bersyukur saya dan anak-anak apabila menerima ijazah dari seorang Muhadith yang begitu 'alim untuk kami beramal dengan kandungan buku kecil yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Al-Muhadith Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki ini sewaktu kami menghadiri majlis pengijazahan amalan ini.Sesungguhnya amalan bersanad ini amat-amat dicari oleh setiap mereka yang suka melakukan amal-amal yang baik dengan mengharapkan keredhaan dari Allah swt.
0 comments Links to this post