Agar-agar ini boleh disediakan semasa majlis perkahwinan untuk Makan Pengantin , Majlis Sambutan Hari Jadi dan sebaginya.
Monday, 27 June 2011
Sunday, 26 June 2011
Berita Kemalangan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Produa Alza yang terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 240.3 Projek Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara berhampiran plaza tol Pedas-Linggi di sini, Ahad. Akibatnya, Ramlan Pilus, 29, dan Nurul Emi Nadjwa Mohd Latif, 2, terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki dipercayai gagal dikawal lalu terbabas di dalam longkang di tepi lebuhraya pada kira-kira pukul 2.50 petang Ahad. Tiga lagi mangsa cedera parah dan di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. --fotoBERNAMA 
Saturday, 25 June 2011
info
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook!!!!!
Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.
Thursday, 23 June 2011
Berita
REBECCA...mayatnya ditemui dalam hutan.
Rebecca Aylward, 15, ditemui mati dengan kesan pukulan di kepala pada Oktober tahun lalu.
Peguam, Greg Taylor, berkata kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas tertuduh, 16, bertaruh dengan rakannya untuk melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Katanya, jika tertuduh sanggup membunuh Rebecca, rakannya itu akan membelikannya sarapan.
Dalam keterangan di Mahkamah Swansea semalam, tertuduh dikatakan mempengaruhi Rebecca supaya datang ke kawasan hutan terpencil berhampiran Bridgend, selatan Wales.
Untuk mengelakkan dikesan, Rebecca diminta menipu dengan memberitahu ibunya kononnya dia bertemu seseorang yang lain.
Bagaimanapun, Rebecca memberitahu ibunya bahawa dia diminta bertemu dengan tertuduh.
Apabila tiba di kawasan tersorok itu, tertuduh memukul kepala Rebecca beberapa kali dengan batu sehingga mangsa mati di tempat kejadian.
Semalam, Taylor turut mengemukakan pelbagai bukti membabitkan mesej pesanan ringkas dan perbualan maya dalam Internet kepada juri.
“Tiada sebarang keraguan Rebecca dibunuh di kawasan hutan di Aberkenfig.
“Ketika itu hujan dan dia dibiar tertiarap sehingga mati dalam hutan dengan pakaian yang baru dibeli sehari sebelum kejadian,” katanya. - TS
MUTIARA KATA HARI INI
Wanita itu sendiri adalah rahsia , Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas ilmu dan kepandaianya dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat,
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat berhati mulia membawa ke jalan ALLAH.
Wednesday, 22 June 2011
Berita Hiburan
Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Rozita dan ShahirPETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali."Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.
Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.
Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).
Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.
Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.
Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).
Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.
Tuesday, 21 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


