Saturday, 25 June 2011

info

Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook!!!!!


Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.

Thursday, 23 June 2011

Berita

Bunuh gadis demi sarapan percuma


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REBECCA...mayatnya ditemui  dalam hutan.
REBECCA...mayatnya ditemui dalam hutan.
LONDON: Seorang pelajar didakwa membunuh bekas teman wanitanya selepas dijanjikan sarapan percuma, mahkamah diberitahu, semalam.
Rebecca Aylward, 15, ditemui mati dengan kesan pukulan di kepala pada Oktober tahun lalu.

Peguam, Greg Taylor, berkata kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas tertuduh, 16, bertaruh dengan rakannya untuk melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Katanya, jika tertuduh sanggup membunuh Rebecca, rakannya itu akan membelikannya sarapan.

Dalam keterangan di Mahkamah Swansea semalam, tertuduh dikatakan mempengaruhi Rebecca supaya datang ke kawasan hutan terpencil berhampiran Bridgend, selatan Wales.

Untuk mengelakkan dikesan, Rebecca diminta menipu dengan memberitahu ibunya kononnya dia bertemu seseorang yang lain.

Bagaimanapun, Rebecca memberitahu ibunya bahawa dia diminta bertemu dengan tertuduh.

Apabila tiba di kawasan tersorok itu, tertuduh memukul kepala Rebecca beberapa kali dengan batu sehingga mangsa mati di tempat kejadian.
Semalam, Taylor turut mengemukakan pelbagai bukti membabitkan mesej pesanan ringkas dan perbualan maya dalam Internet kepada juri.

“Tiada sebarang keraguan Rebecca dibunuh di kawasan hutan di Aberkenfig.

“Ketika itu hujan dan dia dibiar tertiarap sehingga mati dalam hutan dengan pakaian yang baru dibeli sehari sebelum kejadian,” katanya. - TS

MUTIARA KATA HARI INI

Wanita itu sendiri adalah rahsia , Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas ilmu dan kepandaianya dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat,
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat berhati mulia membawa ke jalan ALLAH.

Wednesday, 22 June 2011

Berita Hiburan

Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir

Rozita dan Shahir
PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali.
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.
Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.
Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).
Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.

Tuesday, 21 June 2011

KEBESARAN ALLAH

Berita Kosmo

Bapa rayu anak kembar dimatikan


SABA (kiri) dan Farah Shakeel.


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.
Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Monday, 20 June 2011

Berita

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP